SILA LAYARI


Friday, January 26, 2018

KEPUTUSAN KEJOHANAN RAGBI 12TKB MSS BAHAGIAN BETONG TAHUN 2018

Kejohanan Ragbi 12TKB Majlis Sukan Sekolah Bahagian Betong telah diadakan dengan jayanya pada 24 hingga 25 Januari 2018 di padang Kolej Vokasional Betong. Kejohanan ini turut mendapat sokongan apabila ia turut dibantu pengelolaannya oleh Betong Rugby Union (BTRU) dan SK Nanga Lidong. Pejabat ini berharap agar kerjasama seperti ini dapat diteruskan untuk kejohanan lain pada masa-masa akan datang. Pejabat ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Presiden Betong Rugby Union, Guru Besar SK Nanga Lidong, Pengarah Kolej Vokasional Betong, barisan pegawai dan pengadil serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan pada kali ini.

Keputusan penuh:

1st- Betong titos A
2nd - Betong titos B
3rd - Saint Ajau (Gabungan SK St Augustine dan SK Ng Ajau)
4th - Lidogators (SK Nanga Lidong )
5th - Gators Junior (SK Nanga Lidong)
Tahniah diucapkan kepada para pemenang