SILA LAYARI


Wednesday, January 3, 2018

SK ST AUGUSTINE, BETONG DAN SJK ( C )CHUNG HUA SPAOH AKAN MELAKSANAKAN PROGRAM IMFree TAHUN 2018

Program IMFree merupakan satu program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah. Komponen IMFree juga dilaksanakan di prasekolah melalui sisipan dalam Program Tunas Doktor Muda di seluruh negara.

Tujuan Program
Murid yang lahir pada tahun 2009 dan ke atas kekal tidak merokok sepanjang hayat.

Visi
Rakyat Malaysia bebas daripada merokok.

Matlamat
Mencapai generasi bebas amalan merokok menjelang tahun 2025

Objektif
-Memberi pengetahuan tentang bahaya merokok.
-Memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok.
-Melatih murid menjadi agen pencetus/penyampai maklumat perubahan kepada rakan dan keluarga terhadap bahaya merokok.

( Sumber: Buku Pakej Program IMFree, Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2015 )

Pelaksanaan Program IMFree di Daerah Betong Tahun 2018:

2 buah sekolah dari Daerah Betong, iaitu SK Saint Augustine dan SJK ( C  )Chung Hua Spaoh telah terpilih bersama-sama 280 buah sekolah rendah dari seluruh negara untuk melaksanakan Program Peluasan IMFree Tahun 2018.