SILA LAYARI


Tuesday, April 18, 2017

Program Warga Pendidik Bersama PDRM dan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah Peringkat IPD Betong 2017


Program Warga Pendidik Bersama PDRM Betong telah diadakan dengan jayanya pada hari ini ( 18 April 2017 ) bertempat di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Betong. Program ini merupakan kolaborasi antara PDRM Betong dan PPD Betong dalam usaha memberikan pendedahan berhubung isu-isu berkaitan dadah, situasi jenayah dan Perundangan kepada Guru Penolong Kanan HEM Daerah Betong.

Majlis perasmian telah disempurnakan bersama oleh Yang Berbahagia DSP Mohd Fadhil Antum Abdullah, Ketua Polis Daerah Betong dan Encik Aleksey anak Aman, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Betong.