SILA LAYARI


Thursday, April 6, 2017

Majlis Jasamu Dikenang dan Clock-Out terakhir Puan Nancy anak Lanang di PPD Betong(06 April 2017)

Setelah 4 tahun lebih menabur bakti di PPD Betong, akhirnya pada hari ini ( 6 April 2017 ) maka bernoktahlah perkhidmatan Puan Nancy anak Lanang, Penolong Penyelia Unit Pengurusan Sekolah di PPD Betong. Beliau akan meneruskan perkhidmatan dan jasa bakti beliau di Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman sebagai Penolong Penyelia Unit Pengurusan Sekolah.

Siapa yang tak kenal dengan ketegasan, komitmen dan usaha tanpa mengenal penat lelah yang telah ditunjukkan oleh Puan Nancy sepanjang perkhidmatan di PPD Betong. Dikenali sebagai pegawai yang paling mudah didampingi tetapi tegas dalam melaksanakan tanggungjawab.

Sesungguhnya kami warga kerja di PPD Betong akan merindui gurau sendamu Puan Nancy. Benarlah kata pepatah, yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti , namun dirimu sukar dicari ganti.

Semoga Puan Nancy anak Lanang sentiasa dipermudahkan tugasan dan sentiasa mendapat rahmat dariNya. Kami di PPD Betong tetap tidak akan melupakan jasa bakti dan sumbangan yang telah ditaburkan sepanjang perkhidmatan membangun anak bangsa di Daerah Betong.

Terima kasih Puan Nancy anak Lanang