SILA LAYARI


Wednesday, April 5, 2017

Bengkel Aplikasi Informasi Asrama (i-Asrama) Peringkat Daerah Betong (05 April 2017)



Tarikh : 5 April 2017( Rabu )
Tempat : Bilik Konferen SK Saint Augustine Betong
Peserta : 37 orang Pegawai Meja SMA / Penyelia Asrama Daerah Betong

Objektif : Memperkenalkan Aplikasi Informasi Asrama atau dikenali sebagai i-Asrama kepada semua Penyelia Asrama Daerah Betong. Aplikasi ini diperkenalkan mulai tahun 2017 bagi menggantikan sistem sedia ada iaitu Sistem Maklumat Asrama (SMA). Aplikasi i-Asrama merupakan kesinambungan daripada SMA dengan penambahbaikan beberapa maklumat seperti Gred Purata Sekolah, Gred Purata Asrama, Band Asrama, Band Sekolah dan Kebitaraan Asrama.

Bengkel dikendalikan oleh Encik Awang Marali bin Awang Razali, Penolong Penyelia HEM PPD Betong. Ia turut dihadiri oleh Encik Syahrum bin Jais, Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD Betong.

Dimaklumkan juga kehadiran peserta sepanjang bengkel telah direkodkan sebagai memenuhi satu hari berkursus dalam Sistem Pengurusan Latihan (SPL KPM).

Pejabat ini mengucapkan sekalung penghargaan kepada Guru Besar SK Saint Augustine, Betong di atas kesudian menyediakan tempat dan kemudahan lain bagi menjayakan bengkel tersebut.