SILA LAYARI


Saturday, January 5, 2019

PERJUMPAAN STAF PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BETONG ( BILANGAN 1 TAHUN 2019 )

Perjumpaan staf PPD Betong yang pertama bagi tahun 2019 telah diadakan pada 04 Januari 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Betong. Perjumpaan dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Supian Bin Ekeram, Pegawai Pendidikan Daerah Betong serta turut dihadiri oleh semua pegawai dan staf di PPD Betong.

Agenda perjumpaan termasuklah pembentangan takwim PPD Betong bagi tahun 2019, Pengurusan Staf, Penubuhan Jawatankuasa Khas Peringkat PPD Betong serta pelbagai hal yang melibatkan pengurusan di PPD Betong.

Perjumpaan ini turut memberikan nafas baharu apabila buat pertama kalinya pelaksanaan sistem pertukaran dalaman melibatkan ketua-ketua unit di PPD Betong mula dilaksanakan. Diharapkan perubahan ini akan membawa impak yang bermakna untuk kemajuan pengurusan pendidikan di Daerah Betong.

" BERSAMA MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK"

" MOVING FORWARD"