SILA LAYARI


Monday, January 28, 2019

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ZIARAH CAKNA SEKOLAH-SEKOLAH KPM TAHUN 2019 PERINGKAT PPD BETONG DI DEWAN SRI ABADI, SK ABG ABD KADIR PADA 28 JANUARI 2019 OLEH PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BETONG, ENCIK SUPIAN BIN EKERAM






Kementerian Pendidikan Malaysia amat menitikberatkan amalan nilai murni yang menzahirkan nilai kegembiraan, kasih sayang dan hormat menghormati dalam kalangan warga sekolah.
Sehubungan itu, pihak kementerian melalui Pejabat Pendidikan Daerah Betong dan sekolah-sekolah di Daerah Betong telah melaksanakan Program Ziarah Cakna yang merupakan lawatan guru ke rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa. Diharapkan pertemuan ini akan memberikan manfaat positif kepada perkembangan menyeluruh murid, disamping ia juga dapat membolehkan pihak sekolah mengumpul maklumat murid, memahami latar belakang murid serta merapatkan hubungan antara ibu bapa dan guru.

Pelancaran Peringkat PPD Betong telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Supian bin Ekeram, Pegawai Pendidikan Daerah Betong pada 28 Januari 2019 bertempat di Dewan Sri Abadi, SK Abg Abd Kadir, Betong.