SILA LAYARI


Tuesday, October 30, 2018

CLOCK-OUT TERAKHIR CIKGU YUSOF ANTHONY BIN ROSS PADA 30 OKTOBER 2018







Hari ini merupakan hari terakhir Cikgu Yusof Anthony Ross dalam perkhidmatan awam sebelum bersara wajib bermula pada 31 Oktober 2018.

Dikesempatan ini, warga kerja Pejabat Pendidikan Daerah Betong berasa terhutang budi di atas segala jasa bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau di PPD Betong. Warga kerja PPD Betong juga ingin memohon maaf sekiranya sepanjang pergaulan dan gurau senda ada terkasar bahasa dan tersinggung rasa.

Sesungguhnya warga kerja PPD Betong pasti merindui sikap suka membantu dan memudahkan tugasan orang lain yang ada pada diri Cikgu Yusof Anthony Ross.

Semoga Cikgu Yusof Anthony Ross sentiasa sihat dan maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.