SILA LAYARI


Thursday, August 30, 2018

KUNJUNG BANTU AKADEMIK DI BAWAH DISTRICT TRANSFORMATION PROGRAMME : TINGKATKAN USAHA, BETONG UNGGUL (TUBU) 2018

Untuk makluman, salah satu Key Performance Indicator (KPI) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi Daerah Betong ialah meningkatkan peratusan bilangan murid-murid yang menguasai dalam ujian tersebut.

Salah satu strategi intervensi yang dilaksanakan oleh pejabat ini ialah Sesi Kunjung Bantu Akademik yang bertujuan untuk membantu pihak sekolah mencapai sasaran berkenaan. Sesi Kunjung Bantu bermula pada jam 2.30 petang sehingga isu yang dibangkitkan mencapai konsesus daripada semua pihak.