SILA LAYARI


Friday, June 29, 2018

Pertandingan ‘Language Games’ Peringkat Daerah Betong 2018








1. Nama aktiviti:  Pertandingan ‘Language Games’ Peringkat Daerah Betong
2. Tarikh pelaksanaan:  26 April 2018 ( Khamis )
3. Tempat:  Dewan Serbaguna Sekolah Kebangsaan Nanga Gayau, Debak
4. Penglibatan:  3  buah zon- 5 orang peserta dari setiap zon ( Zon Debak, Zon Spaoh dan Zon Pusa )

5. Penyertaan sekolah / negeri / negara





6. Perasmian
     a). Pembukaan:  Tiada perasmian pembukaan.
     b). Penutup:   Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan ‘Language Games’ 
                           Peringkat Daerah Betong telah disempurnakan oleh En. Eddy ak Braoh , 
                           Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Debak.

7. Outcome                      

Pertandingan ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Para peserta didapati seronok menyelesaikan tugasan yang merangkumi pelbagai aspek Bahasa Inggeris iaitu Vocabulary, Grammar dan Writing. Ini sekaligus dapat menanam minat yang mendalam terhadap Bahasa Inggeris kerana wujudnya ‘fun learning ‘ melalui aktiviti ‘ Language Games’.

8. Kos yang dibelanjakan bagi mengendalikan program :               RM500.00

9. Keputusan pertandingan atau aktiviti ( Jika ada )        

Tempat Pertama - Zon Spaoh
Tempat Kedua - Zon Debak
Tempat Ketiga – Zon Pusa

Ringkasan program:

Pertandingan ‘Language Games’  bertujuan menggalakkan murid menggunakan Bahasa Inggeris yang mana semasa pertandingan , murid-murid  menggunakan ‘target language’ dalam perbincangan untuk mencapai sesuatu keputusan. Proses ini melibatkan kemahiran produktif dan reseptif secara serentak dan ini menggalakkan pembelajaran bahasa yang berkesan. Antara objektif ‘Language Games’  adalah seperti menggalakkan kecekapan komunikasi dalam Bahasa Inggeris, mewujudkan konteks yang bermakna dalam penggunaan bahasa, mengintegrasi pelbagai kemahiran linguistik ,menggalakkan kemahiran  berfikir secara kritis dan kreatif dalam Bahasa Inggeris , mewujudkan suasana pembelajaran koperatif dan menanam sikap mahu terlibat di kalangan murid.

      Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid  Tahun 3 dan Tahap 2 sekolah rendah dan setiap pasukan atau zon diwakili oleh 5 orang peserta  yang terdiri daripada pelbagai kaum bagi menggalakkan integrasi atau perpaduan.  Dalam pertandingan ‘Language Games’ Peringkat Daerah Betong pada kali ini, hanya tiga buah zon sahaja yang terlibat menghantar penyertaan iaitu Zon Debak, selaku tuan rumah , Zon Spaoh dan Zon Pusa .Setiap guru pengiring  dilantik menjadi ‘Station Judge’ ( fasilitator ) dan Hakim Pertandingan ( menghakimi tugasan yang diberikan).
      Setiap pasukan akan berada di stesen yang ditetapkan untuk memulakan pertandingan. Setiap pasukan tersebut perlu bersaing dan melengkapkan tugasan  di kelima-lima stesen yang disediakan ( Station 1- Let’s Play Hopscotch!/ Station 2- Bees’ Attack /Station 3- Who Am I? / Station 4 –Follow the Rules! / Station 5- Dizzy to Easy ). Kesemua pasukan perlu mendapatkan pengesahan daripada ‘Station Judge’ masing-masing pada kad penyertaan sebaik sahaja tamat tugasan dan beredar ke stesen yang seterusnya sehingga selesai.
      Tugasan yang telah disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi setiap stesen ( 10 minit) seterusnya diserahkan kepada  Hakim dan Ketua Hakim untuk disemak dan dikira markah. Pasukan yang mendapat kutipan markah tertinggi keseluruhan dikira sebagai johan.

Disediakan oleh:

(EMMY ANAK PATRICK JUMAN)
GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
SK NANGA GAYAU,DEBAK