SILA LAYARI


Thursday, September 10, 2020

SESI PENGAUDITAN DALAMAN PENARAFAN KENDIRI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PKPPD) PPD BETONG TAHUN 2019

 10 September 2020

Sesi Pengauditan Dalaman PKPPD di Pejabat Pendidikan Daerah Betong. Auditor jemputan ialah Cikgu Junaidi Salleh. Sesi diadakan sebagai persediaan awal sebelum sesi pengauditan sebenar PKPPD yang akan diadakan pada 9 hingga 10 Oktober 2020 yang akan datang.

 Pelbagai dimensi yang akan dinilai dalam proses audit PKPPD ini. Pada tahun lepas PPD Betong memperolehi markah 84.50 % . Untuk tahun 2020, PPD Betong berharap dapat meningkatkan lagi pencapaian markah PKPPD.









Friday, May 29, 2020

SELAMAT HARI GAWAI 2020 WARGA PENDIDIKAN DAERAH BETONG " GAYU GURU GERAI NYAMAI "


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2020 KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIKAN DAERAH BETONG


MAJLIS RINGKAS PERPISAHAN CIKGU SYAHRUM BIN JAIS


 29 Mei - Satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan majlis perpisahan Cikgu Syahrum Bin Jais yang akan berpindah tempat bertugas ke SK Suri, Debak.

Cikgu Syahrum telah menabur bakti di pejabat ini semenjak 7 tahun yang lalu dengan menggalas tugas selaku Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, atau kini dikenali sebagai Sektor Pembangunan Murid. Antara khidmat bakti beliau termasuklah mengetuai barisan urus setia dalam pengelolaan Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Peringkat Negeri Sarawak ke-37 pada tahun 2017 yang lalu. Selain daripada itu, banyak rentetan kejayaan yang telah dicapai di bawah kendalian beliau selaku ketua unit.

Pejabat ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada cikgu Syahrum bin Jais di atas sumbangan dan khidmat bakti yang telah ditaburkan. Selamat maju jaya cikgu...