SILA LAYARI


Friday, May 29, 2020

MAJLIS RINGKAS PERPISAHAN CIKGU SYAHRUM BIN JAIS


 29 Mei - Satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan majlis perpisahan Cikgu Syahrum Bin Jais yang akan berpindah tempat bertugas ke SK Suri, Debak.

Cikgu Syahrum telah menabur bakti di pejabat ini semenjak 7 tahun yang lalu dengan menggalas tugas selaku Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, atau kini dikenali sebagai Sektor Pembangunan Murid. Antara khidmat bakti beliau termasuklah mengetuai barisan urus setia dalam pengelolaan Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Peringkat Negeri Sarawak ke-37 pada tahun 2017 yang lalu. Selain daripada itu, banyak rentetan kejayaan yang telah dicapai di bawah kendalian beliau selaku ketua unit.

Pejabat ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada cikgu Syahrum bin Jais di atas sumbangan dan khidmat bakti yang telah ditaburkan. Selamat maju jaya cikgu...