SILA LAYARI


Thursday, August 8, 2019

PROGRAM JERAYAWARA SEKOLAH SENI MALAYSIA SARAWAK PERINGKAT DAERAH BETONG 2019

Tarikh: 08 Ogos 2019 ( Khamis)
Masa: 9 pagi
Tempat : Bilik Konferen SK St Augustine Betong

Objektif:

Bertujuan memberikan pendedahan tentang Sekolah Seni Malaysia Sarawak serta penjelasan tentang hala tuju murid keluaran sekolah seni kepada warga sekolah melalui sesi ceramah dan soal jawab, dengan harapan dapat meningkatkan lagi permohonan kemasukan ke sekolah seni bagi sesi 2020 dan meyakinkan pihak ibu bapa dalam menyokong pelibatan anak mereka dalam bidang seni.



Sesi ceramah dan soal jawab dikendalikan oleh Encik Alta Abang ak Katum, Ketua Unit Ko-kurikulum JPNS, Puan Noor Zaimah Binti Bakar, Penolong Pengarah Unit Ko-Kurikulum JPNS dan Puan Pendi @ Nurul Iman Binti Sadi, Pengetua Sekolah Seni Malaysia Sarawak.