SILA LAYARI


Wednesday, July 3, 2019

GOOGLE CLASSROOM

Mulai 1 Julai 2019 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak lagi melanggan perkhidmatan Frog VLE. KPM telah bersetuju untuk menggunakan Google Classroom sebagai opsyen pelantar pembelajaran alternatif selepas tamat kontrak perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 KPM.
Sehubungan itu, bagi membantu para guru untuk berkongsi maklumat atau cadangan dan sebagainya, disyorkan agar menyertai kumpulan Telegram Google Classroom Training di pautan ini: https://t.me/GoogleClassroomTraining
Untuk maklum lanjut dan bantuan teknikal boleh menghubungi 016-6628915 atau
google-helpdesk@eduspec.com.my.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA