SILA LAYARI


Friday, June 28, 2019

CLOCK OUT TERAKHIR CIKGU AWANG MARALI BIN AWANG RAZALI DI PPD BETONG PADA 28 JUN 2019

Pejabat ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Awang Marali Bin Awang Razali di atas jasa bakti sepanjang bertugas di PPD Betong. Sesungguhnya, PPD Betong terasa kehilangan orang kuat HEM Daerah Betong, namun apakan daya, demi masa depan kerjaya, direlakan jua..

Pejabat ini berasa terhutang budi dengan sumbangan yang telah ditaburkan oleh cikgu Awang Marali sepanjang perkhidmatan beliau di pejabat ini. Di bawah pentadbiran beliau, urusan asrama dan hal ehwal murid di Daerah Betong telah diperkemaskan dengan begitu baik dan teliti sekali. Sepanjang pergaulan bersama beliau, ternyata komitmen dan ketegasan beliau amat dikagumi dan dalam masa yang sama beliau mudah mesra dalam pergaulan sesama staf. Semoga beliau terus cemerlang bertugas di tempat baharu..