SILA LAYARI


Tuesday, May 14, 2019

CLOCK-OUT TERAKHIR USTAZ RAZALI @ LAPOK BIN SITAM, BEKAS PENYELIA UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPD BETONG

Pejabat ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Razali @ Lapok Bin Sitam sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Penyelia di Unit Pendidikan Islam PPD Betong. Sepanjang pergaulan, beliau merupakan seorang yang tegas dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan.Sungguhpun demikian, sikap suka berjenaka menyebabkan beliau begitu disenangi oleh semua rakan-rakan sekerja di PPD Betong.

Kami berharap agar Ustaz Razali dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan semoga beliau gembira bertugas di tempat baharu ( SK Saka, Betong ).