SILA LAYARI


Friday, October 20, 2017

JEMPUTAN PENYERTAAN PELAJAR KE PROGRAM YOUTH FUN RUN SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2017



Semua
Pengetua/Pengarah
SMK/Kolej Vokasional
Daerah Betong

Tuan,

JEMPUTAN PENYERTAAN PELAJAR KE PROGRAM YOUTH FUN RUN SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.     Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak melalui Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong akan mengadakan Program Youth Fun Run seperti ketetapan berikut :

       Tarikh              :            29 Oktober 2017  (Ahad)
       Masa                :            7.00 pagi
       Tempat            :            Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong

3.   Sehubungan dengan itu, pihak pengelola menjemput penyertaan pelajar-pelajar dari sekolah tuan ke program tersebut. Untuk makluman pihak tuan, setiap peserta akan mendapat Finisher Medal dan penyertaan adalah percuma. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Encik Mohd Israk Bin Haji Ismail di talian 083-472950.

4.   Pegawai yang dipertanggungjawabkan dalam mengurus perkara ini ialah Haji Salleh Bin Haji Ismail yang boleh dihubungi di talian 083-472152.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

b.p  Pegawai Pendidikan Daerah Betong