Tarikh: 31 Oktober 2018
Wednesday, October 31, 2018
Tuesday, October 30, 2018
CLOCK-OUT TERAKHIR CIKGU YUSOF ANTHONY BIN ROSS PADA 30 OKTOBER 2018

Hari ini merupakan hari terakhir Cikgu Yusof Anthony Ross dalam perkhidmatan awam sebelum bersara wajib bermula pada 31 Oktober 2018.
Dikesempatan ini, warga kerja Pejabat Pendidikan Daerah Betong berasa terhutang budi di atas segala jasa bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau di PPD Betong. Warga kerja PPD Betong juga ingin memohon maaf sekiranya sepanjang pergaulan dan gurau senda ada terkasar bahasa dan tersinggung rasa.
Sesungguhnya warga kerja PPD Betong pasti merindui sikap suka membantu dan memudahkan tugasan orang lain yang ada pada diri Cikgu Yusof Anthony Ross.
Semoga Cikgu Yusof Anthony Ross sentiasa sihat dan maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Sunday, October 28, 2018
Saturday, October 27, 2018
KARNIVAL 1MFree PERINGKAT KEBANGSAAN 2018
Tarikh: 26 - 27 Oktober 2018
Tempat : SK Iskandar Perdana, Perak Darul Ridzuan
Tahniah kepada Cikgu Awang Marali Bin Awang Razali kerana terpilih mewakili Negeri Sarawak ke karnival tersebut.
Thursday, October 25, 2018
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PEMENANG ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2018
Senarai penerima dari Daerah Betong:
Sk Medang : Guru Besar SK Medang - Dalil @ Sekawi Bin Jalani (Frog Vle)
Sk Medang : Phillomeana Ak Limbang (MIE)
Sk Serembang : Vivian ak Undi (MIE)
Sk Dit: Melanie anak Jerry (MIE)
Sk Nanga Enteban : Macyl-aldecin anak Emley (MIE)
SJK ( C ) Chung Hua Betong : Fanny Ting Jia Hui (MIE)
Sk Ng Gayau : Donna anak Dawi (MIE)
MIE (Microsoft innovative educator experts)
Pejabat ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima anugerah..Semoga pengiktirafan ini akan menjadi pembakar semangat untuk berusaha lebih jauh..
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA ADIK ROGERS MAING ANAK LAGAT DAN CIKGU WIDYAWATI BINTI SULAIMAN
MAJLIS ANUGERAH PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2018
PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG SUKAN ( GURU ) PENDIDIKAN KHAS
KATEGORI SEKOLAH RENDAH 2018:
WIDYAWATI BINTI SULAIMAN, SK SPAOH
PENERIMA ANUGERAH MURID CEMERLANG SUKAN PENDIDIKAN KHAS KATEGORI MURID SEKOLAH RENDAH 2018:
ROGERS MAING ANAK LAGAT, SK DATUK BANDAR DEBAK
Pejabat ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan tersebut.
MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM DAERAH (JKKD) BILANGAN 3 TAHUN 2018 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BETONG
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK St Augustine, Betong
Peserta: Semua PGB Daerah Betong, pegawai-pegawai PPD Betong
Urus setia : Unit Pengurusan Akademik PPD Betong
Agenda:
Perutusan Pengerusi;
Pengesahan Minit Mesyuarat JKKD Bil.2 Tahun 2018;
Perkara-perkara berbangkit dan Laporan Maklum Balas / Tindak Susul Mesyuarat JKKD Bil.2/ 2018;
Pembentangan laporan Penataran PLC dan Penataran DLP 2.0;
Sesi Perkongsian Amalan Terbaik (PAT) SMK Pusa-Pelaksanaan Program Intervensi Sekolah Berfokus Pelajar Lemah dan Bermasalah;
Pengurusan Fail Kurikulum;
Pemakluman Dasar Sedia Ada ( KSSR,KSSM,KBAT,LINUS,TIMSS, AMALI SAINS DAN PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SAINTIFIK, SEGAK,INOVASI PDP, CEFR);
Laporan unit-unit lain PPD Betong;
Hal-hal lain;
Penutup
Subscribe to:
Posts (Atom)