Friday, December 30, 2016
Thursday, December 29, 2016
INFO KPM
Saksikan rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di TV9 pada 30 Disember 2016 (Jumaat) jam 9.15 pagi yang akan membincangkan topik bertajuk "Sesi Persekolahan 2017".
Panel jemputan adalah YBhg. Datin Nor Zamani Abdol Hamid, Timbalan Pengarah (Dasar), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Panel jemputan adalah YBhg. Datin Nor Zamani Abdol Hamid, Timbalan Pengarah (Dasar), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia.
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2017
Guru Besar
SK / SJK ( C ) Chung Hua
Daerah Betong
Tuan,
Dengan segala
hormatnya surat daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian
Pendidikan Malaysia bil: KPMSP.800-4/1/15 Jld.5(14) bertarikh 23 Disember 2016
berkenaan perkara di atas dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu,
kerjasama pihak tuan dipohon untuk memastikan RMT bagi murid Tahun 2 hingga 6
di sekolah masing-masing dilaksanakan bermula pada hari pertama persekolahan.
3. Pelaksanaan RMT ini hendaklah mematuhi
Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 2 Tahun 2016 (No.rujukan: KPMSP.100-1/7/1
Jld.4(94) bertarikh 14 Oktober 2016). Surat pekeliling ini perlu dibaca bersama
dengan Buku Panduan Pengurusan RMT dan Surat Siaran yang dikeluarkan dari
semasa ke semasa.
4. Dikepilkan bersama ini ialah salinan
surat daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM bil: KPMSP.800-4/1/15
Jld.5(14) bertarikh 23 Disember 2016, untuk rujukan pihak tuan selanjutnya.
5. Pegawai
yang dipertanggungjawabkan dalam mengurus perkara ini ialah Encik Awang Marali
bin Awang Razali yang boleh dihubungi di talian 083-472152.
UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BETONG
Wednesday, December 28, 2016
JASAMU DIKENANG
Pihak Pegawai dan warga kerja Pejabat Pendidikan Daerah Betong ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas jasa bakti yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan di pejabat ini. Semoga tuan/puan sekelian berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..
Tuesday, December 27, 2016
Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi 1 Tahun 2017
Dimaklumkan bahawa pendaftaran bagi menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi 1 Tahun 2017 yang dijadualkan pada 21 hingga 23 Februari 2017 akan dibuka mulai 1 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016. Calon-calon boleh membuat pendaftaran melalui laman sesawang https://sisppa.moe.gov.my .
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JPA 2016
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Yang Berbahagia Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan JPA bagi tahun 2016. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai tahap kepuasan pelanggan JPA terhadap penyampaian perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak JPA.
3. Hasil kajian ini akan digunakan untuk tujuan tindakan penambahbaikan serta pengukuhan dasar dan strategi penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan JPA. Sehubungan itu, pihak JPA amat memerlukan maklum balas ikhlas daripada pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan dalam melengkapkan Kajian Kepuasan Pelanggan JPA Tahun 2016 ini.
4. Kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untukmelengkapkan borang soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan JPA Tahun 2016 ini sebaik-baiknya sebelum atau pada 31 Disember 2016 menerusi pautanhttps://goo.gl/forms/YgPNRLhJ6f10x7Yh1

5. Kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan kajian ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM”
Unit Komunikasi Korporat
Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Emel : komunikasi@jpa.gov.my
Tel : +603 8885 3710 / 3831/ 3855
Fax : +603 8889 2217
INFO KPM
Saksikan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 pada 29 Disember 2016 (Khamis) jam 7.45 pagi yang akan membicangkan topik bertajuk "Kembali Ke Sekolah".
Panel jemputan adalah YBhg. Datin Nor Zamani Abdol Hamid, Timbalan Pengarah (Dasar), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Selamat menonton.
Panel jemputan adalah YBhg. Datin Nor Zamani Abdol Hamid, Timbalan Pengarah (Dasar), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Selamat menonton.
MENANGANI KES KERACUNAN DI KANTIN SEKOLAH
Semua
Pengetua/Pengarah/Guru Besar
SMK/Kolej Vokasional/SK/SJK ( C ) Chung Hua
Daerah Betong
Tuan,
Dengan segala hormatnya surat daripada Sektor
Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bil:JPS(W)/SPS(pp)153/07/09/03
Jld30(88) bertarikh 19 Disember 2016 berkenaan perkara di atas dirujuk.
2. Dimaklumkan
bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberikan perhatian
berat terhadap kes keracunan makanan di kantin sekolah di seluruh negara.
Usaha-usaha untuk mengurangkan kes-kes keracunan di kantin sekolah hendaklah
diberi keutamaan.
3. Mesyuarat Jawatankuasa
Induk 3K Kebangsaan Bil.1/2016 pada 30 Mei 2016 yang dipengerusikan oleh YB Dato’
Timbalan Menteri Pendidikan 1 telah memutuskan supaya kantin sekolah yang
diberi gred C dan ke bawah oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidak
disambung kontrak dan disenarai hitam selama setahun.
4. Sehubungan
dengan itu, kerjasama pihak tuan dipohon untuk memastikan perkara ini dipatuhi.
5. Pegawai yang dipertanggungjawabkan
dalam mengurus perkara ini ialah Encik Awang Marali bin Awang Razali yang boleh
dihubungi di talian 083-472152.
PERSEDIAAN MENERIMA MURID 2017 DI ASRAMA
Kepada
Pengetua/Guru Besar
SMK/SK/SJKC
( sekolah berasrama )
Daerah
Betong,
Dimaklumkan
sesi persekolahan 2017 akan bermula pada 03 Januari 2017. Sehubungan itu, pihak
tuan dimohon membuat persediaan untuk menerima kemasukan murid-murid asrama
2017. Selain itu, pihak tuan diingatkan agar memastikan keadaan bilik asrama,
dewan makan, dapur dan tandas dalam keadaan bersih, teratur dan tersusun
sebelum murid mendaftar masuk. Harap maklum dan terima kasih.
UNIT
PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
PPD BETONG
Friday, December 23, 2016
PENYERAHAN TABLET DAN PERISIAN E-TUTOR KEPADA GURU DI DAERAH BETONG
Majlis
penyerahan Tablet Guru bagi peringkat Daerah Betong telah dilaksanakan pada 5
hingga 8 September bertempat di PPD Betong. Sesi taklimat dan penyerahan
diuruskan oleh pihak Utusan Melayu(M) Berhad. Seramai 1530 orang guru dari
Daerah Betong telah menerima tablet tersebut.
LAWATAN AUDIT DALAM MS ISO 9001:2008
Lawatan
Audit Dalam MS ISO 9001:2008 telah dilaksanakan pada 23 hingga 24 Jun bertempat
di PPD Betong. Pasukan juruaudit diketuai oleh Encik Empari anak Bridi dari JPN
Sarawak bersama Encik Abit Hong (JPN Sarawak), Encik Maurice Jusimin(PPD
Serian) dan Encik Thomas Penik(PPD Serian). Mesyuarat Pembukaan Audit dijalankan
pada 23 Jun jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat PPD Betong. Sesi penutupan telah
diselesaikan pada jam 3.00 petang pada 24 Jun. Sesi pengauditan tahun ini
merangkumi pengauditan MS ISO 9001:2008 serta Audit Visit DTP Negeri Sarawak.
Sesi pengauditan berjalan lancar mengikut jadual yang telah dirancang.
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PERINGKAT PPD BETONG
Majlis
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat PPD Betong telah dijalankan dengan jayanya pada 21 April
bertempat di Dewan Gemilang Maktab Rendah Sains Mara Betong. Majlis APC PPD
Betong telah dirasmikan oleh Tuan Haji Bidin bin Abas, Ketua Sektor Jaminan
Kualiti JPN Sarawak selaku wakil Pengarah Pendidikan Sarawak. Seramai 152 orang
penerima dari sekolah menengah, sekolah rendah dan PPD Betong telah menerima
APC pada tarikh tersebut. Majlis ini diadakan dengan objektif untuk memberi
penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan yang telah memberi
komitmen yang tinggi terhadap tugas dan berkhidmat dengan cemerlang sepanjang
tahun 2015.
KEM BESTARI SOLAT, KEM CEMERLANG JAWI DAN KHATAM AL-QURAN PERINGKAT BAHAGIAN BETONG
Aktiviti tersebut diadakan pada 17 hingga 18 November bertempat di SK
Pusa, Daerah Betong. Aktiviti ini melibatkan 300 orang murid Tahun 6 dari 12
buah sekolah rendah di Zon Pusa. Yang Berbahagia Ustaz Haji Hossen bin Haji
Marip, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNS telah sudi menyempurnakan majlis
penutupan program tersebut.
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH BAHAGIAN BETONG 2016
Diadakan pada 23 April bertempat di SMK BM Saratok dan SK Abang Abdul
Rahman Saratok. Dengan tema “ Al-Quran Asas Pembinaan Ilmu dan Penyempurnaan
Akhlak”, aktiviti ini diharapkan dapat meningkatkan minat pelajar untuk
membaca, memahami dan menghayati Al-Quran dan isi kandungannya, serta
meningkatkan lagi mutu bacaan Al-Quran di kalangan pelajar.
LAWATAN DIALOG PELAKSANAAN INTERVENSI OLEH PEGAWAI BPSH, IAB DAN PADU, KPM
Objektif
lawatan ialah bagi memastikan pelaksanaan Program Intervensi Linus 2.0 dapat
memantapkan lagi pelaksanaan program Linus 2.0 di peringkat sekolah dan daerah.
Program tersebut melibatkan lawatan di beberapa buah sekolah yang terpilih
serta sesi perjumpaan bersama FasiLINUS di PPD Betong.
PROGRAM MENATANG AMANAH DIDIK ANJURAN PPD BETONG
Kerjasama
bersepadu meningkatkan prestasi akademik oleh pemimpin tempatan, Pejabat
Residen Betong, MRSM Betong dan PPD Betong. Akronim DIDIK mewakili “Dedication
+ Inteligence + Dicipline + Integrity = Knowledge”. Aktiviti diadakan pada 14
April bertempat di Lobi Pejabat Residen Betong dan Dewan Sukan Tan Sri Datuk
Amar Stephen Kalong Ningkan Betong.
PERJUMPAAN PASUKAN GURU SUMBER BAGI SPM 2016 DAERAH BETONG DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP)
Seramai
15 orang guru yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang mata
pelajaran dipilih bagi membantu meningkatkan prestasi penguasaan mata pelajaran
BM, BI Sains, Matematik dan Sejarah di peringkat SPM. Perjumpaan tersebut
diadakan pada 19 Ogos bertempat di Bilik Konferen SK Saint Augustine Betong.
PROGRAM LITERASI AWAL BAHASA INGGERIS PRASEKOLAH
Objektif
program ini diadakan adalah bagi meningkatkan pedagogi dalam pembelajaran dan
pengajaran guru prasekolah dalam literasi awal Bahasa Inggeris kanak-kanak
prasekolah, serta meningkatkan penguasaan kanak-kanak prasekolah dalam Bahasa
Inggeris di peringkat awal pendidikan. Aktiviti ini dianjurkan oleh Institut Pendidikan
Guru Kampus Batu Lintang dan PPD Betong. Ia melibatkan penyertaan 28 orang Guru
Prasekolah dan 495 orang murid prasekolah dari Daerah Betong
AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU TAHUN 2016
Pelbagai
aktiviti telah dilaksanakan bersempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat
Daerah Betong 2016. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Perlawanan
Persahabatan Pilihan PPD Betong bersama Pilihan Sekolah Rendah dan Menengah
Daerah Betong, Bacaan Yasin dan Tahlil Hari Guru serta Aktiviti Pemeriksaan Kesihatan
Percuma bertempat di Dewan Terbuka PPD Betong. Pihak pengelola merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Masjid Jame Betong dan Hospital Betong
di atas komitmen dalam membantu menjayakan aktiviti sempena sambutan perayaan
Hari Guru Peringkat Daerah Betong.
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH BETONG
Sambutan
Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Betong telah diadakan pada 19 Mei bertempat
di Dewan Gemilang, MRSM Betong. Perasmian sambutan disempurnakan oleh Tuan
Friday anak Belik, Pegawai Daerah Betong selaku wakil Residen Betong. Dalam
majlis tersebut, Tuan Haji Rapaiee bin Bulat, mantan Guru Besar SK Datuk
Bandar, telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Peringkat Daerah Betong Tahun 2016.
Kemasukan 10% Markah Kokurikulum 2017
Sukacita dimaklumkan bahawa
Kemasukan 10% Markah Kokurikulum 2017 boleh dilakukan bermula 15
Disember 2016 sehingga 31 Januari 2017. Sila layari https://emkoko.moe.gov.my/ untuk
maklumat lanjut.
SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2017
Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2017 boleh dilakukan bermula 15 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016. Sila layari https://essem.moe.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
MALAM APRESIASI PPD BETONG " SEKALUNG BUDI, SEBENING KASIH "TAHUN 2016
Pada 06 Disember 2016 bertempat di Dewan Terbuka PPD Betong, telah diadakan Majlis Malam Apresiasi PPD Betong "Sekalung Budi, Sebening Kasih". Majlis ini diadakan sebagai penghargaan kepada semua pegawai dan staf di PPD Betong serta PKG Betong, atas komitmen dan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan sepanjang tahun. Berkonsepkan santai, majlis kali ini dikelolakan oleh Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD Betong.
Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti sambutan hari jadi staf, cabutan tiket bertuah, pertukaran hadiah dan persembahan karaoke oleh staf di PPD Betong. Pihak pengelola merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan staf di PPD Betong di atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan majlis ini.
Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti sambutan hari jadi staf, cabutan tiket bertuah, pertukaran hadiah dan persembahan karaoke oleh staf di PPD Betong. Pihak pengelola merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan staf di PPD Betong di atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan majlis ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)